Dalam selalu duduk yang diam, mercup berkala percikan ilham. Namun, diri bukan berjati pemuisi, cuma peluah rasa dan kata hati.
Saturday, 7 November 2015
Apa tanda penunggang jalanan
Saturday, 8 August 2015
dia yang terpenjara
adalah seorang tua
meski mungkin kau lupa
kerna keras upaya melawannya
dia yang terpenjara
seolah bebas melata
masih disisi kita
dalam diskusi bersama
ulama dan umara terkemuka
tiap hari ada berita.. ada cerita
bukan tentang dirinya
tetapi akan kerisauannya
berkait musibah melanda negara
dia yang jasadnya terpenjara
tetapi jiwanya merdeka
akan melawan hingga akhir nafasnya
kerna tak rela jiwa diperhamba godaan kuasa
kau pula..
yang berlepas dari godaan harta
mengapa mesti tunduk pada fitnah kuasa?
Sedang... kau faham benar akan tipu muslihatnya.
Thursday, 6 August 2015
Kipas Mengipas
kipas jangan tak kipas
biar debu naik ke atas
biar asap geliat bebas
asal bara tetap berbekas
Kipas, kipas, kipas
kipas jangan dilepas
jika sekali kau lepas
memang kan melepas
7 Ogos 2015
Negara Huha Huhu
Hai Negara Haha Hihi
Kamu merasa negaramu saja yang aneh aneh?
Permisi dulu. Aku harus tersengih.
di negara itu.. Negara Huha Huhu
Yang mencuri pula senang hati
selamba menyuruh pak polisi
menangkap yang melaporkan kes curi
Masih belum aneh lagi?
Huha Huhu
Yang dinegaramu selalu diburu
di negara itu jadi pemburu
yang dinegaramu digelar penyiasat
di negara itu jadi yang disiasat
yang dinegara mu pemberi maklumat
di negara itu dipanggil pengkhianat
Huha huhu
Tukang karut yang sumbang
pengikut pula yang dibuang
dikir mengarut diulang ulang
dibiar larut sampai terngiang
Huha Huhu
Yang turun dikatakan naik
yang naik dikatakan turun
cuma yang jelas pemerintahnya saja tak turun turun
7 Ogos 2015
Kapar, Selangor.
Saturday, 27 June 2015
Mengembara ke Negeri Membangun
ku lihat bangunan
tinggi jadi kebanggaan
yang terpalit juga dengan kesombongan
Aku pacu hala ku tuju negeri membangun
aku lihat kebesaran Tuhan
aku lihat ketamadunan
aku lihat manusia dan kesantunan
Thursday, 2 April 2015
Hati batu otak beku
Sunday, 22 March 2015
Jebon Menjebon
Jebon menjebon
Menjadi jadi
Tidak lagi kawan dan lawan
Dimangsakan pula keluarga sendiri
Kerna tak sefaham modus operandi
Disebarnya fitnah tidak terperi
Memanglah dalil hak mutlaknya
Tidak siapa faham selain mereka
Wednesday, 18 March 2015
Hairan dengan Sukarelawan
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Sudahlah kerja bagai nak gila
Lagi bersengkang mata
Dari hening pagi ke suram malam
Dari kotaraya dituju ceruk desa
Tidurnya kadang beralas lantai dingin
Makannya pula dengan lauk kering
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Kerja tak diberi gaji
Terkadang lebih teruk lagi
Dikeluarkan pula biaya sendiri
Demi mencukupkan biaya operasi
Agar berjaya terlaksana misi
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Apa yang mereka harapkan?
Apa yang mereka fikirkan?
Segala disanggupi
Demi redha Ilahi?
19 March 2015
PMGK Unisel 2015
Bestari Jaya
Hairan dengan Sukarelawan
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Sudah kerja bagai nak gila
Bersengkang mata
Dari hening pagi ke suram malam
Dari kotaraya ke ceruk desa
Tidurnya beralas lantai dingin
Makan pula tidak seberapa
Adakala menu sama
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Kerja tak diberi gaji dan sara diri
Terkadang lebih teruk lagi
Dikeluarkan pula biaya sendiri
Menampung biaya operasi
Demi kejayaan misi
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Apa yang mereka harapkan
Apa yang mereka fikirkan
Segala disanggupi
Demi redha Ilahi?
19 March 2015
PMGK Unisel 2015
Bestari Jaya
Tuesday, 17 March 2015
Singa Sakin Mengganas
Kuasa rapuh dihujung batas
Waktu mengerah berkas
singa singa nan kian sakin mengganas
Melawan kezaliman yang tentu.
Singa malas dan culas
Dibiar lepas bebas
Untuk sekadar mengulas
Akan simpati nan terlalu semu.
Saturday, 14 March 2015
Apa, Dimana, Siapa
Murbawan mula bimbang,
Mahu makan apa?
Usahawan pula bincang,
Makan di mana?
Kuasawan juga sembang
Nak makan siapa?
Thursday, 12 March 2015
Mantan yang Meroyan
Ketika berjawatan
Tidak ambil tindakan
Bila sudah dimantankan
Banyak pula cadangan
Ini kami gelarkan
Mantan yang meroyan
Sunday, 1 March 2015
Aku lah si galang ganti
Selama ini ku fikir
Ini lah yang akhir
Tiada lagi pasungan
Yang jadi halangan
aku boleh mula berlari
Dan tidak kembali lagi
Tapi ini lah takdir Ilahi
Makin ku hindari
Makin mendatangi
Makin ikatannya rapi
Aku tidak boleh lari lagi
Dari takdir yang harus ku depani
Dari langkah2 yang berat ini
Ku hapus nafas malas malas
memperkenal diri
Aku lah si galang ganti
2 March 2015
University Selangor
Tuesday, 24 February 2015
Hangat dan Dingin
Hangat tangan kirinya
Selepas menggari tahanan
menyeksa dan mendesak rawan
Gila lah kau dalam hilai tawa
Dingin tangan kanannya
Menyalami mesra para ulama
Mencermati teliti isu perpaduan
Esensi terus hidup dan kelangsungan
25 February 2015
University Selangor
Lucu
Ku lihat militan IS itu
Sujud seperti syahdu
Pada arah yang tidak tentu
Seperti lupa akan sesuatu
Ini lah hendak kuberitahu
Arah Qiblat hanya satu
Di Kaabah segala bertemu
Sungguh ini memang lucu.
25 February 2015
University Selangor
Saturday, 21 February 2015
Imam di Patani
Di Patani
Di Patani
Imamnya selalu bertukar ganti
Bukan lewat bangun pagi
Tapi telah gugur waktu kesini... baru tadi.
Di Patani
Calon imam dicari cari
Buat ganti yang telah pergi
Namun tak ramai menyanggupi
22 February 2015
Wednesday, 18 February 2015
Dracula dari Malaysia
Kalau memang berjati Dracula
mercy killing sudah tiada dalam istilah
Sesudah pagi menyula
Malamnya menghisap darah
Dracula masih bebas lepas memaharajalela
Menghimpun segala cendekia
Yang terpasung minda
Menafi asli jati diri
18 February 2015
Kapar
Bila Difikirnya Allah hanya di Mekah
Bagi mereka,
Memang untuk bersumpah
perlu di depan Kaabah
Baru lah tidak bersalah.
bagi mereka
Allah hanya di Mekah
Kerana itu lah Di Malaysia
mereka bebas maharajalela
Menghumban sesiapa ke liang puaka.
18 February 2015
Kapar.
Peminta Neraka Dunia
Seorang tua renta,
Terpenjara dibaki usia,
belum puas hati dalang perekayasa,
Karamah Insaniahnya lagi dipersenda,
Qazaf dijaja sengaja,
secara terbuka,
Lalu mereka mendabik dada,
Tanya di mana neraka dunia.
18 February 2015
Kapar
Sunday, 15 February 2015
Satu Dari Seribu?
Sabda Nabi lima belas kurun dulu
Tiga yang menghakimi itu
Dua masuk neraka
Cuma satu ke syurga
Itu di zaman Nabi
Yang hakimnya tsiqah ilmu agama didalami
Tahu benar risiko bila menjawati
Juga balasan yang menanti
Hari ini
Yang satu itu pun wajar direvisi
Untuk adakah dibahagi lagi
Kepada seratus... atau seribu?
atau mungkin... Oh.. takut aku untuk mengungkapkannya.