Asbab dari jahil peribadi,
dan pentingkan diri,
Dengki menjadi jadi,
terpeluap jadi termagnifikasi,
dan lagi termanifestasi.
maka resmi hayawani mudah meresapi,
rasuk syaitan lekas menyurupi,
teguh pendirian diri,
ingin menjatuhkan sesama sendiri,
maka de facto syaitan terpilih rakan kongsi,
dan disuruh sihirkan insan semahu hati,
sampai mangsa tak berdaya lagi,
asbab penyebab yang tak kafi,
diperiksa sakitnya terlalu seni,
Memang bila lupa akan Ilahi,
bila dilupa tujuan penghidupan ini,
manusia akan berbuat segala kerana iri,
menantilah ia akan azab tak terperi.
3 August 2013
Jeram, Kuala Selangor.
dan pentingkan diri,
Dengki menjadi jadi,
terpeluap jadi termagnifikasi,
dan lagi termanifestasi.
maka resmi hayawani mudah meresapi,
rasuk syaitan lekas menyurupi,
teguh pendirian diri,
ingin menjatuhkan sesama sendiri,
maka de facto syaitan terpilih rakan kongsi,
dan disuruh sihirkan insan semahu hati,
sampai mangsa tak berdaya lagi,
asbab penyebab yang tak kafi,
diperiksa sakitnya terlalu seni,
Memang bila lupa akan Ilahi,
bila dilupa tujuan penghidupan ini,
manusia akan berbuat segala kerana iri,
menantilah ia akan azab tak terperi.
3 August 2013
Jeram, Kuala Selangor.
No comments:
Post a Comment