Dalam selalu duduk yang diam, mercup berkala percikan ilham. Namun, diri bukan berjati pemuisi, cuma peluah rasa dan kata hati.
Saturday, 7 November 2015
Apa tanda penunggang jalanan
Saturday, 8 August 2015
dia yang terpenjara
adalah seorang tua
meski mungkin kau lupa
kerna keras upaya melawannya
dia yang terpenjara
seolah bebas melata
masih disisi kita
dalam diskusi bersama
ulama dan umara terkemuka
tiap hari ada berita.. ada cerita
bukan tentang dirinya
tetapi akan kerisauannya
berkait musibah melanda negara
dia yang jasadnya terpenjara
tetapi jiwanya merdeka
akan melawan hingga akhir nafasnya
kerna tak rela jiwa diperhamba godaan kuasa
kau pula..
yang berlepas dari godaan harta
mengapa mesti tunduk pada fitnah kuasa?
Sedang... kau faham benar akan tipu muslihatnya.
Thursday, 6 August 2015
Kipas Mengipas
kipas jangan tak kipas
biar debu naik ke atas
biar asap geliat bebas
asal bara tetap berbekas
Kipas, kipas, kipas
kipas jangan dilepas
jika sekali kau lepas
memang kan melepas
7 Ogos 2015
Negara Huha Huhu
Hai Negara Haha Hihi
Kamu merasa negaramu saja yang aneh aneh?
Permisi dulu. Aku harus tersengih.
di negara itu.. Negara Huha Huhu
Yang mencuri pula senang hati
selamba menyuruh pak polisi
menangkap yang melaporkan kes curi
Masih belum aneh lagi?
Huha Huhu
Yang dinegaramu selalu diburu
di negara itu jadi pemburu
yang dinegaramu digelar penyiasat
di negara itu jadi yang disiasat
yang dinegara mu pemberi maklumat
di negara itu dipanggil pengkhianat
Huha huhu
Tukang karut yang sumbang
pengikut pula yang dibuang
dikir mengarut diulang ulang
dibiar larut sampai terngiang
Huha Huhu
Yang turun dikatakan naik
yang naik dikatakan turun
cuma yang jelas pemerintahnya saja tak turun turun
7 Ogos 2015
Kapar, Selangor.
Saturday, 27 June 2015
Mengembara ke Negeri Membangun
ku lihat bangunan
tinggi jadi kebanggaan
yang terpalit juga dengan kesombongan
Aku pacu hala ku tuju negeri membangun
aku lihat kebesaran Tuhan
aku lihat ketamadunan
aku lihat manusia dan kesantunan
Thursday, 2 April 2015
Hati batu otak beku
Sunday, 22 March 2015
Jebon Menjebon
Jebon menjebon
Menjadi jadi
Tidak lagi kawan dan lawan
Dimangsakan pula keluarga sendiri
Kerna tak sefaham modus operandi
Disebarnya fitnah tidak terperi
Memanglah dalil hak mutlaknya
Tidak siapa faham selain mereka
Wednesday, 18 March 2015
Hairan dengan Sukarelawan
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Sudahlah kerja bagai nak gila
Lagi bersengkang mata
Dari hening pagi ke suram malam
Dari kotaraya dituju ceruk desa
Tidurnya kadang beralas lantai dingin
Makannya pula dengan lauk kering
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Kerja tak diberi gaji
Terkadang lebih teruk lagi
Dikeluarkan pula biaya sendiri
Demi mencukupkan biaya operasi
Agar berjaya terlaksana misi
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Apa yang mereka harapkan?
Apa yang mereka fikirkan?
Segala disanggupi
Demi redha Ilahi?
19 March 2015
PMGK Unisel 2015
Bestari Jaya
Hairan dengan Sukarelawan
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Sudah kerja bagai nak gila
Bersengkang mata
Dari hening pagi ke suram malam
Dari kotaraya ke ceruk desa
Tidurnya beralas lantai dingin
Makan pula tidak seberapa
Adakala menu sama
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Kerja tak diberi gaji dan sara diri
Terkadang lebih teruk lagi
Dikeluarkan pula biaya sendiri
Menampung biaya operasi
Demi kejayaan misi
Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Apa yang mereka harapkan
Apa yang mereka fikirkan
Segala disanggupi
Demi redha Ilahi?
19 March 2015
PMGK Unisel 2015
Bestari Jaya
Tuesday, 17 March 2015
Singa Sakin Mengganas
Kuasa rapuh dihujung batas
Waktu mengerah berkas
singa singa nan kian sakin mengganas
Melawan kezaliman yang tentu.
Singa malas dan culas
Dibiar lepas bebas
Untuk sekadar mengulas
Akan simpati nan terlalu semu.
Saturday, 14 March 2015
Apa, Dimana, Siapa
Murbawan mula bimbang,
Mahu makan apa?
Usahawan pula bincang,
Makan di mana?
Kuasawan juga sembang
Nak makan siapa?
Thursday, 12 March 2015
Mantan yang Meroyan
Ketika berjawatan
Tidak ambil tindakan
Bila sudah dimantankan
Banyak pula cadangan
Ini kami gelarkan
Mantan yang meroyan
Sunday, 1 March 2015
Aku lah si galang ganti
Selama ini ku fikir
Ini lah yang akhir
Tiada lagi pasungan
Yang jadi halangan
aku boleh mula berlari
Dan tidak kembali lagi
Tapi ini lah takdir Ilahi
Makin ku hindari
Makin mendatangi
Makin ikatannya rapi
Aku tidak boleh lari lagi
Dari takdir yang harus ku depani
Dari langkah2 yang berat ini
Ku hapus nafas malas malas
memperkenal diri
Aku lah si galang ganti
2 March 2015
University Selangor
Tuesday, 24 February 2015
Hangat dan Dingin
Hangat tangan kirinya
Selepas menggari tahanan
menyeksa dan mendesak rawan
Gila lah kau dalam hilai tawa
Dingin tangan kanannya
Menyalami mesra para ulama
Mencermati teliti isu perpaduan
Esensi terus hidup dan kelangsungan
25 February 2015
University Selangor
Lucu
Ku lihat militan IS itu
Sujud seperti syahdu
Pada arah yang tidak tentu
Seperti lupa akan sesuatu
Ini lah hendak kuberitahu
Arah Qiblat hanya satu
Di Kaabah segala bertemu
Sungguh ini memang lucu.
25 February 2015
University Selangor
Saturday, 21 February 2015
Imam di Patani
Di Patani
Di Patani
Imamnya selalu bertukar ganti
Bukan lewat bangun pagi
Tapi telah gugur waktu kesini... baru tadi.
Di Patani
Calon imam dicari cari
Buat ganti yang telah pergi
Namun tak ramai menyanggupi
22 February 2015
Wednesday, 18 February 2015
Dracula dari Malaysia
Kalau memang berjati Dracula
mercy killing sudah tiada dalam istilah
Sesudah pagi menyula
Malamnya menghisap darah
Dracula masih bebas lepas memaharajalela
Menghimpun segala cendekia
Yang terpasung minda
Menafi asli jati diri
18 February 2015
Kapar
Bila Difikirnya Allah hanya di Mekah
Bagi mereka,
Memang untuk bersumpah
perlu di depan Kaabah
Baru lah tidak bersalah.
bagi mereka
Allah hanya di Mekah
Kerana itu lah Di Malaysia
mereka bebas maharajalela
Menghumban sesiapa ke liang puaka.
18 February 2015
Kapar.
Peminta Neraka Dunia
Seorang tua renta,
Terpenjara dibaki usia,
belum puas hati dalang perekayasa,
Karamah Insaniahnya lagi dipersenda,
Qazaf dijaja sengaja,
secara terbuka,
Lalu mereka mendabik dada,
Tanya di mana neraka dunia.
18 February 2015
Kapar
Sunday, 15 February 2015
Satu Dari Seribu?
Sabda Nabi lima belas kurun dulu
Tiga yang menghakimi itu
Dua masuk neraka
Cuma satu ke syurga
Itu di zaman Nabi
Yang hakimnya tsiqah ilmu agama didalami
Tahu benar risiko bila menjawati
Juga balasan yang menanti
Hari ini
Yang satu itu pun wajar direvisi
Untuk adakah dibahagi lagi
Kepada seratus... atau seribu?
atau mungkin... Oh.. takut aku untuk mengungkapkannya.
Kamus Politikus
Aku belajar sedikit jargon baru
dalam setahun jagung ini
meladeni dunia itu
yang penuh seni
Pertama, Political Will sentiasa perlu
Bila melibatkan rakan, kroni juga sekutu
Kalau tidak nanti pecahlah cerita dalam kelambu
Atau cerita cerita masa kelabu
Kedua, Political Assassination kadangkala perlu
Bila terlalu seru si sang Seteru
Menggasak kita hingga ke penjuru
Tapi... jangan pula buat selalu
Ketiga, Political Mileage juga harus diburu
Tapi jangan melulu
apatah lagi terburu buru
Nanti... Kebodohan pun nampaknya terlalu
Yang akhir, Political Animal ini memang macam hantu
Tak kira masa dan waktu
Serba sedia melangut menunggu
Demi sedikit perhatian semu
4.33AM
16 February 2015
Kapar, Klang.
Sosok Dibalik Tabir
Segala tersedia saat tiba
LCD sudah terpampang
Kerusi meja rapi tersusun
Microfon lancar berfungsi
dan segala persiapan lain
yang tidak ku ketahui
Yang tidak ku mampu kesani
Aku tahu ada yang bekerja
dibalik tabir yang tidak kafi
Memastikan segalanya lancar serba rapi
Oh...Maafkan aku yang tidak sempat menyapa mesra
Sosok sosok dibalik tabir majlis ini
Kerana hadirin ini lebih perlu ku santuni
aku mengingatkan diri
akan tujuanku hadir disini
Hanya untuk menuntas suatu tugas
Bagi menyampai pesan dan kesan
Beri ingat pada insan
akan Tuhan yang menciptakan
Saturday, 14 February 2015
Why The Pigeon Do Not Fly
Why The Messenger Pigeon Do Not Fly
A massacre happened
But I doubt it why
This time the Pigeon do not fly
As it always do
Since long ago
Rumors have come
from mouth to mouth
But it has always been
The pigeon's job
To make it certain
Until i saw with my own eyes
the pigeon had been held
captivated in a cage
Nullified of the rights
To deliver the message.
Gus Mus dan Anonymous Itu
Kata Gus Mus,
dinegeri entah berantah itu,
"Orang besar boleh bicara semahunya,
orang kecil paling jauh dibicarakan saja."
Ada Anonymous yang menyahut seraya berkata,
"Dinegeriku rimba sudah menjadi batu
Namun undang undang rimba
masih tetap berlaku."
Mencari Tulubate
Malanglah tentera usmaniy,
Disaat kemuncak perang ini,
Al Fatih Sang Pembuka,
Tertangkap, dipenjara.
Syeikh Syamsuddin Aq pula,
Dijemput Ilahi.
Lebih malang lagi
Raja Konstantin giat mencari
siapa dia Hasan Tulubate
Di kalangan kita
Yang bakal mengelegak murka
Mega Mendung
Mega semalam bawa mendung
Mendung bawa menung
Datang guruh pula menyambung
Hurung bersama murung
Kalam ditulis dalam kelam
Takut dinampak orang
Menjelang sudah waktu malam
Yang masih jaga boleh dibilang
Yang pulang sudah selamat pulang
Yang terhalang terus tegas dihalang
Yang tinggal kau dan aku sekarang
Mencari penghujung nan terang
Sunday, 25 January 2015
Rotan
Rindu libasan rotan
Diwaktu pagi perhimpunan harian
Bagaikan simulasi hari kebangkitan
Hukuman atas kejahatan dan kenakalan
Dan ia berakhir sekadar disitu
Kita mulakan dengan hari baru
Kembalikan damai ke dalam kalbu
Menginsafi salah yang lalu
Sebenarnya yang tua juga ramai sekali mahu dirotan
Atas kebejatan yang dilakukan
Supaya dapat dikembalikan rasa aman
Merasa diampunkan
Tapi siapa berani berperanan?
Jadi lah batasan keinsanan sakin sirna dilupakan
Kita bukan suka untuk merotan
Hanya sebagai sarana akhir pilihan
Dalam menerapkan pendidikan keinsanan
Mengajar bahawa tiap baik buruk tindakan
Ada balasan, ada hukuman
Ada batasan
Maka rotanlah selagi ada kesempatan.
Jika mesti aral melintang,
Rotankan saja sekali si sang penghalang.
Adnan Yang Terkehadapan
Adnan ; dipasangnya lampu tinggi dalam perjalanan
Nak dilihat jauh apa dihadapan
Kalau kalau ada gangguan
Kalau kalau ada ancaman
Bolehlah segera gerak cekatan
ambil tindakan dalam pemanduan
Terdengar bunyi perlanggaran..
Aduh sungguh kasihan
Adnan berlanggar pembahagi jalan
Sudah dipandang apa didepan
Cuma sedikit terlalu kehadapan
Hujan
Hujan
Yang jatuh ke hutan
Kan menyuburi pepohonan
Mengairi sungai
Hujan
yang jatuh ke dataran kontang
Basah yang sementara
Nikmat nan semu
Saturday, 17 January 2015
Metafora Melayu
Indah Metafora Melayu nan tercipta
Lahir luhur dari akal budi sejahtera
Mengakar kuat sedalam fikirnya
Merimbun sejauh legar angkasa
Ilmu, amali dan alami disinergi
Sedapat padat, sedapat tepat
Jadi frasa nan indah serta murni
Terjitu jadi satu nan tersurat dan tersirat
Metafora nan Indah
Nikmatnya hanya pada yang mengerti
Yakni yang pernah sama mengalami
Yang selalu merenung di masa tenteram
Menafsirkan gerak laku alam
Dan diabadikan yang didapatnya dari ilham
Jadi metafora nan berlapis faham
terlalu mendalam
18 January 2015
Kapar, Klang.
Ombak Tak Pernah Serik
Ombak tak pernah serik
menghentam tambak
Meski kan carik
Bak perca kain
Meski harus retak
Bak kaca rapuh
Ombak kan lagi berundur
Bukan untuk selamanya mundur
Tapi buat kumpul ketumbukan
Untuk sekali lagi menghentak lebih kuat.