Tuesday 14 January 2014

Cheng Ho, Ma Huan dan Fei Xin

Cheng Ho dalam kembara tidak keseorangan
Ma Huan dan Fei Xin sebagai peneman
Cheng Ho menggalang aksi berdiplomasi
Ma Huan dan Fei Xin galak mendokumentasi.


15Januari 2014
Universiti Selangor

Dong Zou dan Cao Cao

Meski kita sudah letih 
dengan terlalu ramainya 
Dong Zhou yang malar melata.

kita juga terlalu serik 
untuk menempatkan seorang lagi
Cao Cao Mengde dalam lipatan sejarah.


15 Januari 2014
Universiti Selangor

Monday 13 January 2014

Harapan

Ibu ayah harapnya terlalu menghantar
ke universiti untuk belajar
kelak nanti susah beredar
jahil pun terhindar.


Tapi kau memang pemusnah tegar
harapan menggunung jadi kekar
percaya sepenuh jauh menyasar
Segalanya jadi terbiar.


Januari 2014
Kapar, Klang.

Hai Pemimpin, Ulama, Intelligensia.

teknokrat, korporat, doktor, jurutera, arkitek sangat perlu,
tapi terlebih perlu negara pada cekapnya pemandu,
untuk memacu kita ke arah ingin dituju,
baldatun thoyyibah destinasi kita ,bukan?

pemimpin, ulama dan kaum intelligensia,
hendaknya jangan lagi tak peduli
buanglah jauh kepentingan peribadi,
kalau ia kuat meraja di hati.

26 Jun 2013
Jeram, Kuala Selangor

Derita Sama

Tersayat hiba ku dengarkan
Cerita derita rakyat Indonesia
Dan bukan tak kusyukuri
Malaysia masih aman
Hanya saja tak ku rela
Negara ku harus menempuh derita sama.


Januari 2014
Medan, Indonesia.




Oposisi Sejati

Aku takkan bertanding lagi,
Biar aku jadi oposisi sejati,
meski tak merasa di tampuk kuasa,
tapi mampu memperkasa.

13 Januari 2014
Kapar, Klang.

Kembara Kota Medan

Kembara bawa aku berserah pada Pencipta
ditengah kesulitan dan cabaran
menadah tangan mohon pertolongan
betapa tak berdaya aku tanpa Dia

Kembara tunjuk aku kenal manusia
bahawa manusia berlapis topengannya
lebih lama masa susah diharung bersama
makin terpecah topeng palsu menghias muka



 Januari 2014
Residence Hotel, Medan, Indonesia. 

Sinabung Meletus Kini

Mega kelam tiba tiba, 
langit Kota Medan bagaikan bersalji,
batuk bukan sejuk gigilan,
tapi udara kini tercemarkan.

Sinabung meletus kini, 
tak jauh dari kami, 
dan kami bukan mau lari, 
cuma sampai waktu harus kembali.


11 Januari 2014
Masjid Raya, Medan, Indonesia.

Merah dan Putih

Merah adalah gegak warna darah mu,
yang telah berjuang sedapat tenaga,
mengusir penjajah sampai jaya,
meski penguasa mengeruk yang tinggal ada.


putih adalah murni warna kalbu mu,
yang masih terus percaya,
pada pembaikan pejabat dan negara,
meski pemerintah tak putus menyibak murka.


Januari 2014
Medan, Indonesia.

Biarkan Aku Berlari dan Tak Berhenti Untuk Bertanya Lagi.

Aku ingin sekali 
walau sekejap berhenti
sekadar mesra bertanya
persoalan membengkak di dada,

tentang,
mengapa perlu kita berlari lari?
mengapa kurang didikan tapi sering diuji?
mengapa pendidikan harus begini?

maka aku berhenti.
dan ribuan pertanyaan datang menghujani.

kau tak ada submission? 
tak ada presentation?
tak ada discussion?
tak ada consultation?

Menjadi aku insan tertewaskan
pada perli sindiran kawan
pada persoalan masa depan
pada pertanggungjawaban

Jadi biarkan aku 
untuk sambung berlari 
dan tak berhenti 
untuk bertanya lagi


13 Januari 2014
Kapar, Kuala Selangor.