Tuesday 24 February 2015

Hangat dan Dingin

Hangat tangan kirinya
Selepas menggari tahanan
menyeksa dan mendesak rawan
Gila lah kau dalam hilai tawa

Dingin tangan kanannya
Menyalami mesra para ulama
Mencermati teliti isu perpaduan
Esensi terus hidup dan kelangsungan

25 February 2015
University Selangor

Lucu

Ku lihat militan IS itu
Sujud seperti syahdu
Pada arah yang tidak tentu
Seperti lupa akan sesuatu

Ini lah hendak kuberitahu
Arah Qiblat hanya satu
Di Kaabah segala bertemu
Sungguh ini memang lucu.

25 February 2015
University Selangor

Saturday 21 February 2015

Imam di Patani

Di Patani

Di Patani
Imamnya selalu bertukar ganti
Bukan lewat bangun pagi
Tapi telah gugur waktu kesini... baru tadi.

Di Patani
Calon imam dicari cari
Buat ganti yang telah pergi
Namun tak ramai menyanggupi

22 February 2015

Wednesday 18 February 2015

Dracula dari Malaysia

Kalau memang berjati Dracula
mercy killing sudah tiada dalam istilah
Sesudah pagi menyula
Malamnya menghisap darah

Dracula masih bebas lepas memaharajalela
Menghimpun segala cendekia
Yang terpasung minda
Menafi asli jati diri

18 February 2015
Kapar

Bila Difikirnya Allah hanya di Mekah

Bagi mereka,
Memang untuk bersumpah
perlu di depan Kaabah
Baru lah tidak bersalah.

bagi mereka
Allah hanya di Mekah
Kerana itu lah Di Malaysia
mereka bebas maharajalela
Menghumban sesiapa ke liang puaka.

18 February 2015
Kapar.

Peminta Neraka Dunia

Seorang tua renta,
Terpenjara dibaki usia,
belum puas hati dalang perekayasa,
Karamah Insaniahnya lagi dipersenda,
Qazaf dijaja sengaja,
secara terbuka,
Lalu mereka mendabik dada,
Tanya di mana neraka dunia.

18 February 2015
Kapar

Sunday 15 February 2015

Satu Dari Seribu?

Sabda Nabi lima belas kurun dulu
Tiga yang menghakimi itu
Dua masuk neraka
Cuma satu ke syurga

Itu di zaman Nabi
Yang hakimnya tsiqah ilmu agama didalami
Tahu benar risiko bila menjawati
Juga balasan yang menanti

Hari ini
Yang satu itu pun wajar direvisi
Untuk adakah dibahagi lagi
Kepada seratus... atau seribu?
atau mungkin... Oh.. takut aku untuk  mengungkapkannya.

Kamus Politikus

Aku belajar sedikit jargon baru
dalam setahun jagung ini
meladeni dunia itu
yang penuh seni

Pertama, Political Will sentiasa perlu
Bila melibatkan rakan, kroni juga sekutu
Kalau tidak nanti pecahlah cerita dalam kelambu
Atau cerita cerita masa kelabu

Kedua, Political Assassination kadangkala perlu
Bila terlalu seru si sang Seteru
Menggasak kita hingga ke penjuru
Tapi... jangan pula buat selalu

Ketiga, Political Mileage juga harus diburu
Tapi jangan melulu
apatah lagi terburu buru
Nanti... Kebodohan pun nampaknya terlalu

Yang akhir, Political Animal ini memang macam hantu
Tak kira masa dan waktu
Serba sedia melangut menunggu
Demi sedikit perhatian semu

4.33AM
16 February 2015
Kapar, Klang.

Sosok Dibalik Tabir

Segala tersedia saat tiba
LCD sudah terpampang
Kerusi meja rapi tersusun
Microfon lancar berfungsi
dan segala persiapan lain
yang tidak ku ketahui
Yang tidak ku mampu kesani

Aku tahu ada yang bekerja
dibalik tabir yang tidak kafi
Memastikan segalanya lancar serba rapi
Oh...Maafkan aku yang tidak sempat menyapa mesra
Sosok sosok dibalik tabir majlis ini
Kerana hadirin ini lebih perlu ku santuni

aku mengingatkan diri
akan tujuanku hadir disini
Hanya untuk menuntas suatu tugas
Bagi menyampai pesan dan kesan
Beri ingat pada insan
akan Tuhan yang menciptakan

Saturday 14 February 2015

Why The Pigeon Do Not Fly

Why The Messenger Pigeon Do Not Fly

A massacre happened
But I doubt it why
This time the Pigeon do not fly
As it always do
Since long ago

Rumors have come
from mouth to mouth
But it has always been
The pigeon's job
To make it certain

Until i saw with my own eyes
the pigeon had been held
captivated in a cage
Nullified of the rights
To deliver the message.

Gus Mus dan Anonymous Itu

Kata Gus Mus,
dinegeri entah berantah itu,
"Orang besar boleh bicara semahunya,
orang kecil paling jauh dibicarakan saja."

Ada Anonymous yang menyahut seraya berkata,
"Dinegeriku rimba sudah menjadi batu
Namun undang undang rimba
masih tetap berlaku."

Mencari Tulubate

Malanglah tentera usmaniy,
Disaat kemuncak perang ini,
Al Fatih Sang Pembuka,
Tertangkap, dipenjara.
Syeikh Syamsuddin Aq pula,
Dijemput Ilahi.

Lebih malang lagi
Raja Konstantin giat mencari
siapa dia Hasan Tulubate
Di kalangan kita
Yang bakal mengelegak murka

Mega Mendung

Mega semalam bawa mendung
Mendung bawa menung
Datang guruh pula menyambung
Hurung bersama murung

Kalam ditulis dalam kelam
Takut dinampak orang
Menjelang sudah waktu malam
Yang masih jaga boleh dibilang

Yang pulang sudah selamat pulang
Yang terhalang terus tegas dihalang
Yang tinggal kau dan aku sekarang
Mencari penghujung nan terang