Sunday 22 March 2015

Jebon Menjebon

Jebon menjebon
Menjadi jadi
Tidak lagi kawan dan lawan
Dimangsakan pula keluarga sendiri

Kerna tak sefaham modus operandi
Disebarnya fitnah tidak terperi
Memanglah dalil hak mutlaknya
Tidak siapa faham selain mereka

Wednesday 18 March 2015

Hairan dengan Sukarelawan

Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Sudahlah kerja bagai nak gila
Lagi bersengkang mata
Dari hening pagi ke suram malam
Dari kotaraya dituju ceruk desa
Tidurnya kadang beralas lantai dingin
Makannya pula dengan lauk kering

Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Kerja tak diberi gaji
Terkadang lebih teruk lagi
Dikeluarkan pula biaya sendiri
Demi mencukupkan biaya operasi
Agar berjaya terlaksana misi

Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Apa yang mereka harapkan?
Apa yang mereka fikirkan?
Segala disanggupi
Demi redha Ilahi?

19 March 2015
PMGK Unisel 2015
Bestari Jaya

Hairan dengan Sukarelawan

Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Sudah kerja bagai nak gila
Bersengkang mata
Dari hening pagi ke suram malam
Dari kotaraya ke ceruk desa
Tidurnya beralas lantai dingin
Makan pula tidak seberapa
Adakala menu sama

Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Kerja tak diberi gaji dan sara diri
Terkadang lebih teruk lagi
Dikeluarkan pula biaya sendiri
Menampung biaya operasi
Demi kejayaan misi

Hairan aku hairan
Dengan sikap sukarelawan
Apa yang mereka harapkan
Apa yang mereka fikirkan
Segala disanggupi
Demi redha Ilahi?

19 March 2015
PMGK Unisel 2015
Bestari Jaya

Tuesday 17 March 2015

Singa Sakin Mengganas

Kuasa rapuh dihujung batas
Waktu mengerah berkas
singa singa nan kian sakin mengganas
Melawan kezaliman yang tentu.

Singa malas dan culas
Dibiar lepas bebas
Untuk sekadar mengulas
Akan simpati nan terlalu semu.

Saturday 14 March 2015

Apa, Dimana, Siapa

Murbawan mula bimbang,
Mahu makan apa?
Usahawan pula bincang,
Makan di mana?
Kuasawan juga sembang
Nak makan siapa?

Thursday 12 March 2015

Mantan yang Meroyan

Ketika berjawatan
Tidak ambil tindakan
Bila sudah dimantankan
Banyak pula cadangan

Ini kami gelarkan
Mantan yang meroyan

Sunday 1 March 2015

Aku lah si galang ganti

Selama ini ku fikir
Ini lah yang akhir
Tiada lagi pasungan
Yang jadi halangan

aku boleh mula berlari
Dan tidak kembali lagi

Tapi ini lah takdir Ilahi
Makin ku hindari
Makin mendatangi
Makin ikatannya rapi

Aku tidak boleh lari lagi
Dari takdir yang harus ku depani
Dari langkah2 yang berat ini
Ku hapus nafas malas malas
memperkenal diri
Aku lah si galang ganti

2 March 2015
University Selangor