Wednesday 20 August 2014

Daie bukan Dewa

Apa kau kira ilmu melangit mu itu -
Jadikan kau dewa?
Yang punya hak bukan sekedar bersuara,
Tapi menghukum juga?

Macam Ada Apa Apa

Hari hari dimarah,
Tak apa apa - macam biasa.
Tapi tiba tiba tak dimarah -
Macam ada apa apa.

20 Ogos 2014
Unisel

Thursday 14 August 2014

Talian Terus Pada Tuhan

Mereka bebas mengkritik
Kita paling hebat..
bebas dikritik
Mereka bebas menghujat
Kita paling kuat...
sasaran laknat

Mereka bila salah,
Cari dalil jadi benar
Kita bila salah,
dibilang bodoh agama

Walau tak seiya anggukkan saja
Kalau tak mahu masuk neraka
Kerna kita ini pendokong picisan
Mereka bertalian terus pada Tuhan

Mantan Yang Meroyan

Seorang senior ada berpesan
Kalau mahukan perubahan
Lakukan ketika berjawatan
Jangan bila sudah jadi mantan
Masa itu pula mula meroyan

Friday 8 August 2014

Londeh melondeh 2

Londeh melondeh keaiban,
di mana pun dijadikan jajaan.
Lawan tidak mesti sentiasa dilawan,
adakala sibuk makan kawan.

Thursday 7 August 2014

Berani Plastik

Bagaimana kita punya peluang mendebat,
Bagaimana kita punya ruang bersilat,
Kalau yang keras menjebat
Beraninya hanya di medan sosial.

Londeh melondeh

Orang lain melondeh
Untuk yang lebih baik
Tapi engkau melondeh
Sengaja hendak buka aib?

8 Ogos 2014

Hati Manusia

Hati manusia
mana kita boleh terka
Bila disentuh akan dibius rasa
Ibarat benih dibubuhi baja
Entah subur tumbuh melata
Entah mati kerna tanah durja

Apa terdaya
kita nanti ketika
Dengan sederap usaha
Diserta doa dan penuh rasa raja'

Negara kecil tak harus banyak bunyi

Negara kecil tak harus banyak bunyi
Dibilang "nanti!"
Harus kau sabarkan hati
Jangan buat pandai sendiri

Negara kecil tak harus banyak bunyi
Ditunjuk kiri..
Kiri lah kau pergi
Ambil kanan siap kau nanti

Negara kecil tak harus banyak bunyi
Pandai pandai cari sendiri
Kalau kuasa besar berkecil hati
Habis meleset lah GDP.

Dekresendisasi

Perdengarkan sendu alun melodi
zahirkan sedapat asli rasa simpati
Harmonikan ambivalensi degar gamat advokasi
Perlahankan tempo gegak emosi lahir dari nurani

Shhhh.
Negara kecil tak harus banyak bunyi
Nanti dilabel sarang penumpukan militansi

Bukan tak ada kerja

Aku mengulang bertanya
Akan bila dan bila
Bukan kerana tak ada kerja
Atau terlalu lapang masa

Aku perlu menyusun jadual dan masa
Yang selalu penuh dengan acara
Agar tidaklah nanti ada yang hampa
Kalau kerap aku tak kunjung tiba

Kerpasan yang tertahan di udara

mega kumulonimbus berserak serakan
Sepenuh patuh akan aturan Tuhan
mengawur kesegaran
Buat manfaat ciptaan juga insan

namun mengapa masih terus...
bumi kekal tandus?
Binatang melarat kurus?
Manusia terbiar haus?
Pepohonan sakin hangus?

Rintik rintik kerpasan seakan di udara tertahankan
Basah yang tidak terasakan
Haruskah kita yang memanjat tangga tangga awan?
Cari penyembuh seksa kehausan

Jamaah

Sejuta umat tak cukup seorang daie
Tapi kalau di universiti
Kerana seorang anak usrah
Banyak jemaah sanggup berbalah

Jadi lah dakwah bukan lagi demi untuk menyebarkan rahmatan lil alamin,
tetapi demi memperluas kuasa dan nama.

Ogos 2014

Puja wang

Kita tak ramai
pejuang
Yang kita ramai
yang puja wang

Sunday 3 August 2014

Makan Luar

Pesanan lambat siap
Masakan pula tak sedap
Harga mahal langsung tak padan
Lengkaplah sebuah episod kekecewaan

Kampung

Pergi selalu kita tangan kosong
Pulang bungkusan berbondong bondong
Orang tua di kampung...
kalau boleh satu dusun pun disuruh hurung