Friday 14 February 2014

Cerita April Nanti

Cerita April nanti
Rakyat Brunei 
nanti penguatkuasaan hukum hudud.
Rakyat Indonesia 
nanti Pilihan Raya Pemilu.


Rakyat Malaysia? 
ala kulli hal
Gerak Sapu Terakhir (GST) pasti mendatangi,
memukat tunda segala dilaluannya,
sebelum empunya beralih kuasa.


14 Januari 2014
Universiti Selangor

Bukan Memiliki itu Tersalahkan

Jika letak nilai diri pada kebendaan, 
sesudah hilang kepunyaan, 
apa lagi yang nanti dibanggakan?


Bukan memiliki itu tersalahkan
tapi sikap kita pada pemilikan itu
jadi penentu kepada segala.

23 Januari 2014
Universiti Selangor.

Sajak Imam Shafiee Akan Sabar.

'Say what you wish in attacking my honor
My silence to the wicked, is sufficient a sound 
It is not that I am lacking a reply but 
The Lion is not in need of responding to Hounds'

Sajak Imam Shafiee terlalu indah.
Maka janganlah pernah rebah.
dengan degar fitnah.
Bertabahlah.

4 Februari 2014
Universiti Selangor.
Menghadapi fitnah PRK.

Tamu nan semu.

azamat pun berlalu,
sekadar tamu nan semu,
hasrat nan satu,
biar waktu kan menentu.


6 Feb 2014
Universiti Selangor.

Bahagia

cinta tak harus pada rupa,
kerna rupa banyak menipu kita.
cinta tak harus pada harta,
kerna harta cipta cinta dusta.
cinta biarlah pada agama.
kan ku bawa kau ke hujung dunia.
nikmati indahnya rasa bahagia.

14 Feb 2014
Universiti Selangor.

Dikotomi.

sekedar sekejap dalam dunia buku
Baru ku tahu 
wujud dikotomi antara,
pembaca buku, 
peminat buku, 
pencinta buku, 
penagih buku 
dan penggila buku.


14 Feb 2014
Universiti Selangor.

PRK '14

malam nan syahdu
bersujudlah dengan harap terlalu
selepas dikerah usaha segala termampu
berlelah berminggu minggu
akhirnya esok jadi penentu.

Jika akhirnya kalah 
biar kalah yang bermaruah
jika takdirnya menang
menang tanggung amanah.

Mohon doa kawan kawan semua supaya Harapan Mahasiswa diberikan kejayaan dalam Pilihan Raya Kampus Universiti Selangor (Kampus Bestari Jaya) esok.

11 Feb 2014
Universiti Selangor,
Bestari Jaya.