Monday 30 June 2014

A smiled-upon addiction

Therein a woman to a store,
seeking high and low,
for the state-of-the-art glow,
what do they call that,
retail theraphy?

Then came a man,
With bags full at both hands
A victimized companion
Without an option

But beware cause by hook or by crook,
they'll drag you to every of the possible floors and doors,
as you are ending,
they are just about to begin.

i am certainly sure,
their closet is overflowing with
never-worn clothing,
the price tags still waving in the breeze?
attic bulging with boxes and boxes of shoes that have never
touched pavement?
buying new makeup weekly,
and compact discs by the fistful?

A smiled-upon addiction,
It isn't a true compulsion,
but instead an impulse-control disorder.

Never mind
Shop 'til you drop. 
The one who dies with the
most toys,
wins the top:

Friday 27 June 2014

Ikhlas

Benamkan wujud sampai membumi
Mengerti diri dalam kelam tersembunyi
Kerna yang tumbuh tidak tertanam hadirnya
Tidaklah sempurna wujud diri ia.

Saturday 21 June 2014

Harga dunia demi iman seorang insan

Kau bertanya untuk apa diwaqafkan diri
Melepaskan cita akan kekayaan dan kerjaya?
Hidup dalam dunia kecil tak dikenal
Tak siapa mahu menghambur pujian

Dan mereka menjawab tanpa ragu
Kami sanggup membayar harga dunia,
Demi iman seorang insan
Biarpun kecil dilihat pada pandangan
Tapi memperkasa generasi penerus umat

2014
Selatan Thai

Friday 20 June 2014

Syukur hanya pada ilahi

Pengalaman berkelana di beberapa negara
Melihat sengsara dan duka manusia
Melihat penindasan dan pemerasan atas golongan murbawan
Buat aku rasa bersyukur aku dari Malaysia
Memang negaraku aman sejahtera

Tapi jika pemerintah dibiar buat apa disuka
Dan urusan rakyat tak lebih hulur cukai dan dan menadah meminta
Tak mustahil kita harus melalui derita yang sama

Hadapkan syukur hanya kepada Ilahi
Dengan manusia rasa terima kasih harus tak sampai jual diri

June 2014
Unisel BJ

Belum lama dulu

Belum lama dulu
Anak kecil takut angkat muka
Kelu lidah hendak bersuara
Gementarlah tubuhnya
dimarah ayahnya

Satu dua generasi telah berlalu
Anak2 kini berani tengking ibu bapa
Ditambah jeling penuh murka
Tak kurang ada yang tega mencedera
Dua sosok insan yang mencurah kasih sayang menjaga

Belum lama dulu
Seorang hamba juga melahirkan hamba
Dari sulbi bangsawan besar pun bangsawan
Ya... belum lama dulu.

Pendurhakaan kini malar melata
Nauzubillahi min dzalik.

20 Jun 2014
Unisel BJ

Wednesday 18 June 2014

Penantian

Kala status dikirimkan,
Masih tiada yang menyukai
Hati gundah tak sedar bertanya
Apakah yang kurang pada inti nya
Atau wujud cacat pada bahasa?

Kala terbangun pagi,
Dan terus tuju notifikasi,
Cari cari kalau ada komen diberi - bergementarlah hati
Apakah ada yang menghujat
Apakah ada ingin mendebat?

Fikir fikirkan lah kawan
Bagaimana kita jalani kehidupan
Apakah sudah sepenuh sesama manusia berkasihan
Sehingga tak perlu pada perhatian murahan

20 June 2014
Unisel bj

Friday 13 June 2014

Khutbah

Jika khutbah dibaca
Sekadar membaca
Yang mendengar
Pun sekadar mendengar

Apa lah manfaat
Bagi engkau
Bagi aku?

Thursday 12 June 2014

Stanza 1

Coretkan lah yang indah indah
Walau dengan tinta darah
Kerna raung jerih payah
Entah siapa yang kisah

Tuesday 10 June 2014

Bingung mahu menyinggung

Nak disebut penjaga agama,
Yang menjaga pun diragui amal agamanya,

Nak disebut penjaga umat,
Sebenarnya sibuk memperkaya diri dan kerabat,

Orang Melayu sedang bingung,
Durhakakah jika harus menyinggung.

Friday 6 June 2014

Porcine

Ceritakan,
Tentang GMO, MSG, dan
Tak kan mengesankan
Tak jalan

Tapi cerita kan
Tentang strain porcine yang tak kelihatan
Pada produk makan kegemaran
Satu negara pun rawan

Simpati Nan Semu

Nyanyian, ronggeng dan lawak bodoh sudah membosankan
Tapi kita rela terus ditidurkan
Memaksakan pembonzaian pemikiran
Kerna resah realiti dunia terlalu menekan

Memang kadangkala simpati kita kafi
Ia hadir kala di media mula sensasi
Ia pergi kala mampir kesensasian nan baru
Rupanya media yang jadi penentu

duka manusia terus bertakhta
Namun resah yang kita rasa
hanya lah resah nan semu
Di hati tiada terpaut untuk bertamu

7 Jun 2014
Kapar, Klang.

Wednesday 4 June 2014

Falsafah Masalah

Filem hindustan,
masalah datang sesekali,
selebihnya dipaparkan upaya menyelesaikan masalah.

Falsafahnya masalah ;
bukan pengakhiran
Upaya mesti diikhtiarkan
Hidup mesti diteruskan

Drama Indonesia,
lepas satu masalah,
datang lagi masalah.
Mengapa harus mendatangkan masalah?

Drama Melayu,
semua perkara boleh dimasalahkan.
Bukan tiada penyelesaian,
Cuma  masalah harus dijadikan permasalahan,
Mengapa harus dicari masalah?

Hamka

Hamka....

Dia banduan.

Tapi dia juga wartawan
Ulama.
Ilmuwan.
Mufassirin.
Pejuang.
Sejarawan.
Budayawan.
Sasterawan.

Isfahanbola

Isfahanbola
diungkap tidak suka
Nanti disabit derhaka
Rakyat bingung harus ngomong bagaimana
Pada sosok yang tak faham bahasa murba

Tak apa, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi kan

May 2014
Kapar, Selangor.

Kecundang Lagi

Ke biru laut ke kuning darat dicari siapa Ramli
Sosok tak dikenali wujud dan asli
Asyik asyik ''anda bukan Ramli yang kami cari"
Memang dah tak ada, cari apa lagi?

Sedang di suatu sisi sosok Chong Wei perlu diganti
Kekosongan regu Khoo dan Tan perlu dipenuhi
Memangkah kita tak sedar kekuatan diri
Atau tak tahu mana prioriti

May 2014
Kapar, Selangor.

Banyak boleh kita belajar dari Jepun, bagaimana untuk membangunkan bakat bakat baru. Takkan nak nak harap Sukma je yop.

Media oh media

Media
Jangan semata jadi cermin pandang
Segala kesakitan umat harus dipampang

Media
jadi lah ibarat cermin telus
Beri ingat akan jalan yang lurus

5 Jun 2014
Universiti Selangor

Muhasabah Si Fasilitator

Di pengajian kau digelar ustaz
Di program sekolah kau dianggap malaikat
Namun apa yang tersurat
itu kah yang tersirat?
Ini muhasabah yang benar
Jika kau seorang fasilitator.