Sunday 26 May 2013

Yang Mudah Saja




Mantan pimpinan
semua pernah merasakan
detik detik menggugah
sebelum hari ini bergelar
pemimpin dan pemikir.

Insan insan ini sentiasa
di dekat dekat kita,
Namun auranya tak terasa,
kerana kita ingin selesa,
berbuat yang mudah saja.








# Entah kenapa malam ini terasa hidupku selama 21 tahun ini masih kurang bermakna kerana aku belum pernah melakukan sesuatu yang signifikan kepada diri, apatah lagi kepada manusia. Hati ingin meneladani jejak pimpinan yang terbiasa dan pula rela mewaqafkan diri untuk islam di luar negara paling kurang 6 bulan berbuat bakti pada manusia. Aku terlalu jauh dari itu, sekadar pengembaraan selama 16 hari di Indonesia melakukan penelitian sejarah dan membina ukhuwwah antara mahasiswa Malaysia dan Indonesia ku rasakan sesuatu yang terlalu biasa. Terlalu rendah nilainya dibanding mereka yang lebih nekad dalam usaha dakwah tinggal di negara bukan islam dan mewaqafkan diri di sana. Banyak peluang.. Banyak ruang.. Tetapi kerana aku memilih untuk terus selesa, maka banyak terlepas peluang yang terhidang. Terasa diri sungguh celaka

1 comment:

  1. azhaari,dulu aku jg sperti kau, ingin menyerah segala jalan didepanku, berjuang bersama saudara di tmpat2 tanah darah seislamku tertumpah, merasa pahit getir mereka..aku percaya itu jihad sebenar benar jihad..

    usahlah kita sesali sesuatu yg tak tercapaikan kemampuan, terluar batas jam biologi kita, krn jalan yg kita lalui sehari hari, yg kita rasa biasa dan selesa,juga satu jihad. doa yg dipanjatkan untuk mereka yang jauh dari sini, yg tak tergapai tangan untk kita bantu, doa, dari kita, dari kita semua...


    senjata paling ampuh adalah doa, DIA tidak pernah tidur.

    ReplyDelete