Thursday 29 August 2013

Huaisheng

Dari Stesen Ximenkou
yang azamat terlalu
dituju ke Guangta Road
dicari damai

Huaisheng
Lebat tangis sendu itu
adalah paduan setulus kalbu
sedalam rindu yang terlalu

Huaisheng
biar kurun kian menongkat usia
tetap teguh jadi saksi kafi
kerinduan sahabat kepada nabinya





24th Oktober 2013
Universiti Selangor

No comments:

Post a Comment