Sunday 25 January 2015

Rotan

Rindu libasan rotan
Diwaktu pagi perhimpunan harian
Bagaikan simulasi hari kebangkitan
Hukuman atas kejahatan dan kenakalan

Dan ia berakhir sekadar disitu
Kita mulakan dengan hari baru
Kembalikan damai ke dalam kalbu
Menginsafi salah yang lalu

Sebenarnya yang tua juga ramai sekali mahu dirotan
Atas kebejatan yang dilakukan
Supaya dapat dikembalikan rasa aman
Merasa diampunkan
Tapi siapa berani berperanan?
Jadi lah batasan keinsanan sakin sirna dilupakan

Kita bukan suka untuk merotan
Hanya sebagai sarana akhir pilihan
Dalam menerapkan pendidikan keinsanan
Mengajar bahawa tiap baik buruk tindakan
Ada balasan, ada hukuman
Ada batasan

Maka rotanlah selagi ada kesempatan.

Jika mesti aral melintang,
Rotankan saja sekali si sang penghalang.

No comments:

Post a Comment