Coretkan lah yang indah indah
Walau dengan tinta darah
Kerna raung jerih payah
Entah siapa yang kisah
sekadar tamu nan semu,
hasrat nan satu,
biar waktu kan menentu.
6 Feb 2014
Universiti Selangor.
Dalam selalu duduk yang diam, mercup berkala percikan ilham. Namun, diri bukan berjati pemuisi, cuma peluah rasa dan kata hati.
Coretkan lah yang indah indah
Walau dengan tinta darah
Kerna raung jerih payah
Entah siapa yang kisah
Nak disebut penjaga agama,
Yang menjaga pun diragui amal agamanya,
Nak disebut penjaga umat,
Sebenarnya sibuk memperkaya diri dan kerabat,
Orang Melayu sedang bingung,
Durhakakah jika harus menyinggung.
Ceritakan,
Tentang GMO, MSG, dan
Tak kan mengesankan
Tak jalan
Tapi cerita kan
Tentang strain porcine yang tak kelihatan
Pada produk makan kegemaran
Satu negara pun rawan
Nyanyian, ronggeng dan lawak bodoh sudah membosankan
Tapi kita rela terus ditidurkan
Memaksakan pembonzaian pemikiran
Kerna resah realiti dunia terlalu menekan
Memang kadangkala simpati kita kafi
Ia hadir kala di media mula sensasi
Ia pergi kala mampir kesensasian nan baru
Rupanya media yang jadi penentu
duka manusia terus bertakhta
Namun resah yang kita rasa
hanya lah resah nan semu
Di hati tiada terpaut untuk bertamu
7 Jun 2014
Kapar, Klang.
Filem hindustan,
masalah datang sesekali,
selebihnya dipaparkan upaya menyelesaikan masalah.
Falsafahnya masalah ;
bukan pengakhiran
Upaya mesti diikhtiarkan
Hidup mesti diteruskan
Drama Indonesia,
lepas satu masalah,
datang lagi masalah.
Mengapa harus mendatangkan masalah?
Drama Melayu,
semua perkara boleh dimasalahkan.
Bukan tiada penyelesaian,
Cuma masalah harus dijadikan permasalahan,
Mengapa harus dicari masalah?
Hamka....
Dia banduan.
Tapi dia juga wartawan
Ulama.
Ilmuwan.
Mufassirin.
Pejuang.
Sejarawan.
Budayawan.
Sasterawan.
Isfahanbola
diungkap tidak suka
Nanti disabit derhaka
Rakyat bingung harus ngomong bagaimana
Pada sosok yang tak faham bahasa murba
Tak apa, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi kan
May 2014
Kapar, Selangor.
Ke biru laut ke kuning darat dicari siapa Ramli
Sosok tak dikenali wujud dan asli
Asyik asyik ''anda bukan Ramli yang kami cari"
Memang dah tak ada, cari apa lagi?
Sedang di suatu sisi sosok Chong Wei perlu diganti
Kekosongan regu Khoo dan Tan perlu dipenuhi
Memangkah kita tak sedar kekuatan diri
Atau tak tahu mana prioriti
May 2014
Kapar, Selangor.
Banyak boleh kita belajar dari Jepun, bagaimana untuk membangunkan bakat bakat baru. Takkan nak nak harap Sukma je yop.
Media
Jangan semata jadi cermin pandang
Segala kesakitan umat harus dipampang
Media
jadi lah ibarat cermin telus
Beri ingat akan jalan yang lurus
5 Jun 2014
Universiti Selangor
Di pengajian kau digelar ustaz
Di program sekolah kau dianggap malaikat
Namun apa yang tersurat
itu kah yang tersirat?
Ini muhasabah yang benar
Jika kau seorang fasilitator.
Cintai lah dengan sepenuh hati,
Akan redha melepas pergi,
Yang tak sekali kau sesali,
Meski tak kunjung kembali.
1 May 2014
Universiti Selangor
Adversity,
by which it withers those fleeting colors,
those fleeting flatters,
putting a friendship and fellowship to the test,
it yields only those that could remain.